Friday, November 14, 2008

Yang Maha Memberi.... Al-Wahhab

Dalam perjalanan untuk berdiskusi dengan sahabat di kampus beberapa hari lepas..ana menunggu bas bergerak. Sambil memandang ke luar tingkap. Tenang. Tiada yang perlu dikejarkan kerana masih awal dari masa yang dijanjikan. Muslimat di sebelahku sedikit gelisah untuk exam petang itu.

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam...Paper ana yang terakhir pada minggu hadapan. Jarak yang agak jauh amat disyukuri.

Seorang demi seorang masuk ke perut bas..hampir penuh, hingga ada yang berdiri. Masing-masing nota di tangan sebagai usaha terakhir sebelum exam sebentar lagi.

Masuk beberapa orang siswa, dari sabah mungkin..ana tidak faham bahasa komunikasi yang dituturkan. Mereka terpaksa berdiri.

"Sabarlah wahai siswa siswi…tak mengapa…dekat je kolej dengan kampus", bisik hati.

Tetiba, mata ana tertancap pada sesuatu yang agak pelik. Pelik maknanya tidak terbiasa dengan sesuatu benda atau keadaan.

Akal yang dikurniakan berfungsi dengan maksimum. Banding beza keadaan. Alhamdulillah ya Allah, Tuhan Yang Maha Memberi... Al-Wahhab.

Jari! Siswa tersebut berbeza dari sahabatnya yang lain. Jari di tangan kirinya tidak sempurna. Jarinya kecil, mungkin ana boleh anggarkan 1 nisbah 3 jari biasa. Namun, jarinya masih berfungsi untuk memegang beg dan nota walaupun ia tidak sempurna.

Subhanallah...

Melihat jari di tangan. Sempurna bilangannya. Cukup sifat untuk memegang segalanya. Syukur dengan segala nikmat yang dikurniakanMu ya Allah.

Tidak cukup rasanya jika air laut digunakan sebagai dakwat untuk menyenaraikan semua nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. Sungguh!

No comments: