Tuesday, November 11, 2008

"KAF BA RO KAF ALIF TA NUN"


Suatu himpunan huruf yang sangat memberi makna kepada yang bergelar muslim. Tanpanya..sesia segala yang dilakukan.
Sehinggakan wujud satu watak dalam sebuah cerita bersiri di tv yang begitu mementingkan ia..
Faham benar dengan niat baik si penulis skrip..
tetapi penonton menilainya sebagai bahan gurauan. Sedih!


Latihlah diri mencari keberkatan dalam perkar
a yang kecil dan mudah..
Usah pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan.

Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah keikhlasan.

Setiap perkara ada berkatnya
Setiap perbuatan ada berkatnya.
Biarlah sekecil mana ia,
keberkatan daripada Pencipta sangat diutama
.

Menutup suis lampu bilik ...
janganlah hanya sekadar ingin mengelak daripad
a membayar bil elektrik yang tinggi tetapi niatlah agar diri tidak tergolong dalam golongan yang membazir!

Seketika dahulu di sekolah rendah...

"Kamu jangan selalu ubah tempat duduk kamu tau...
setiap kerusi yang kamu duduk tu ada berkatnya.
Malaikat akan datang
beri keberkatan pada siapa yang duduk dikerusi tu bila-bila masa je..kalau masa Malaikat turun untuk anugerahkan berkat kepada kamu tapi kamu duduk di tempat lain..rugilah.."
Masih teringiang nasihat itu ditelinga..


Kata yang sering didengari setiap kali di mej
a makan...
"adik, tak baik tau makan nasi tak habis...
Tuhan marah...nanti malam-malam nasi ni menangis..."
Nasi menangis??
analogi mudah untuk diujarkan kepada si anak kecil.

Namun, isi utama tetap sama!

KEBERKATAN

Setiap pinggan nasi yang dimakan ada berkatnya.
Cuma kita tidak tahu butir nasi mana yang memiliki keberkatan itu.

Makanlah...jangan tinggal sebutir pun...

Sehingga wujud hadith menyarankan kita menjilat jari supaya berpeluang mendapat berkatnya...
SUBHANALLAH...makan?
Setiap hari kita makan..
Namun tak terlintas di akal ada berkat di dalamnya.. Keberkatan...
Tidak sukar untuk memiliknya...agak subjektif jika memikirkan adakah aku dapat berkatnya?

Namun, Tuhan kita Maha Adil, Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan...
Maha Melihat apa yang kita kerjakan
kerana Dia Maha Hidup, tidak pernah terlena walaupun seketika..Allah Maha Sempurna.

Betapa indahnya ISLAM..betapa ALLAH sayangkan hambaNYA..betapa beruntungnya semua yang bergelar MUSLIM...^^

1 comment:

Anonymous said...

teringat kata Umi pada anaknya Mohd Adif dalam "Dunia Baru The Movie" .."muhd Adif..ingat pesan umi ye..keberkatan.." hehe. apa yg baik ambil manfaat.