Sunday, January 4, 2009
Jom Berhijrah !!!
Ilmu seluas lautan, tiada sempadan...sesungguhnya, hanya tadhiyyah yang diperlukan sebagai gantian...
---> http://dinilislam.blogspot.com/
(^^)
Friday, January 2, 2009
لا تحزن
jangan bersedih
layakkah engkau berputus asa dgn Tuhanmu?
yang berlalu, biarlah berlalu
tanpa engkau sedari
Tuhan sedang berbicara denganmu
tanpa engkau sedari
Tuhan sentiasa melihatmu
Tuhan sentiasa bersamamu
mendengar segala rintihanmu
teruskanlah perjuanganmu wahai serikandi Islam
fikirlah wahai akal
segalanya tersirat
jangan sekali memandang hanya tersurat
kerana Tuhan tahu segalanya
kerana diri ini lemah tak bermaya
sudahlah..
biarkan masa yang berlalu pergi selamanya
pergilah..
aku tidak akan menangisi pemergianmu
dan tidak akan termenung mengingatimu
senyumlah wahai hati
tiada guna kau bersedih
Ya Allah, hindarkan aku dari segala kesedihan,
hilangkanlah kesengsaraan yang sedang bersarang,
dan jauhkanlah segala kegelisahan yang menyesakkan.
Tuesday, December 9, 2008
Eid Adha 1429H ~ Sup Tulang & Daging Bakar



Friday, November 14, 2008
Yang Maha Memberi.... Al-Wahhab
Dalam perjalanan untuk berdiskusi dengan sahabat di kampus beberapa hari lepas..ana menunggu bas bergerak. Sambil memandang ke luar tingkap. Tenang. Tiada yang perlu dikejarkan kerana masih awal dari masa yang dijanjikan. Muslimat di sebelahku sedikit gelisah untuk exam petang itu.
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam...
Seorang demi seorang masuk ke perut bas..hampir penuh, hingga ada yang berdiri. Masing-masing nota di tangan sebagai usaha terakhir sebelum exam sebentar lagi.
Masuk beberapa orang siswa, dari sabah mungkin..ana tidak faham bahasa komunikasi yang dituturkan. Mereka terpaksa berdiri.
"Sabarlah wahai siswa siswi…tak mengapa…dekat je kolej dengan kampus", bisik hati.
Tetiba, mata ana tertancap pada sesuatu yang agak pelik. Pelik maknanya tidak terbiasa dengan sesuatu benda atau keadaan.
Akal yang dikurniakan berfungsi dengan maksimum. Banding beza keadaan. Alhamdulillah ya Allah, Tuhan Yang Maha Memberi... Al-Wahhab.
Jari! Siswa tersebut berbeza dari sahabatnya yang lain. Jari di tangan kirinya tidak sempurna. Jarinya kecil, mungkin ana boleh anggarkan 1 nisbah 3 jari biasa. Namun, jarinya masih berfungsi untuk memegang beg dan nota walaupun ia tidak sempurna.
Subhanallah...
Melihat jari di tangan. Sempurna bilangannya. Cukup sifat untuk memegang segalanya. Syukur dengan segala nikmat yang dikurniakanMu ya Allah.
Tidak cukup rasanya jika air laut digunakan sebagai dakwat untuk menyenaraikan semua nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. Sungguh!
Tuesday, November 11, 2008
"KAF BA RO KAF ALIF TA NUN"
Sehinggakan wujud satu watak dalam sebuah cerita bersiri di tv yang begitu mementingkan ia.. Faham benar dengan niat baik si penulis skrip..
tetapi penonton menilainya sebagai bahan gurauan. Sedih!
Latihlah diri mencari keberkatan dalam perkara yang kecil dan mudah..
Usah pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan.
Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah keikhlasan.
Setiap perkara ada berkatnya Setiap perbuatan ada berkatnya.
Biarlah sekecil mana ia,
keberkatan daripada Pencipta sangat diutama.
Menutup suis lampu bilik ...
janganlah hanya sekadar ingin mengelak daripada membayar bil elektrik yang tinggi tetapi niatlah agar diri tidak tergolong dalam golongan yang membazir!
Seketika dahulu di sekolah rendah...
"Kamu jangan selalu ubah tempat duduk kamu tau...
setiap kerusi yang kamu duduk tu ada berkatnya.
Malaikat akan datang beri keberkatan pada siapa yang duduk dikerusi tu bila-bila masa je..kalau masa Malaikat turun untuk anugerahkan berkat kepada kamu tapi kamu duduk di tempat lain..rugilah.."
Masih teringiang nasihat itu ditelinga..
Kata yang sering didengari setiap kali di meja makan...
"adik, tak baik tau makan nasi tak habis...
Tuhan marah...nanti malam-malam nasi ni menangis..."

analogi mudah untuk diujarkan kepada si anak kecil.
Namun, isi utama tetap sama!
KEBERKATAN
Setiap pinggan nasi yang dimakan ada berkatnya.
Cuma kita tidak tahu butir nasi mana yang memiliki keberkatan itu.
Makanlah...jangan tinggal sebutir pun...
Sehingga wujud hadith menyarankan kita menjilat jari supaya berpeluang mendapat berkatnya...
SUBHANALLAH...makan?
Setiap hari kita makan.. Namun tak terlintas di akal ada berkat di dalamnya.. Keberkatan...
Tidak sukar untuk memiliknya...agak subjektif jika memikirkan adakah aku dapat berkatnya?
Namun, Tuhan kita Maha Adil, Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan...
Maha Melihat apa yang kita kerjakan kerana Dia Maha Hidup, tidak pernah terlena walaupun seketika..Allah Maha Sempurna.
Betapa indahnya ISLAM..betapa ALLAH sayangkan hambaNYA..betapa beruntungnya semua yang bergelar MUSLIM...^^
Thursday, October 30, 2008
Maattaufik wannajah fil imtihan akhir =)
dengan berkat rahmat setiap huruf dan namaMu yang sempurna
Ya Allah..berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dariMu..
Anugerahkan aku kejayaan dalam peperiksaan finalku ini..
Anugerahkan kejayaan buat semua sahabat-sahabatku..
Ya Allah..
janganlah ada di antara kami yang sedih sendirian dan juga kepadaku..
andai tertulis di Loh Mahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan.
Engkau yang Maha Agung,
mudah-mudahan A untuk semua subjek
jadi milik kami Ya Allah..Tuhan sekalian Alam..
Ameen.

Monday, October 27, 2008
Tetapkanlah iman di hatiku..
" Ya ALLAH, jauhkan aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau jauhkan
antara Timur dan Barat. Ya ALLAH, bersihkan daku dari dosa-dosaku
sebagaimana bersihnya baju putih daripada kotoran. Ya ALLAH, sucikanlah
aku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan angin…ameen"