Tuesday, December 9, 2008

Eid Adha 1429H ~ Sup Tulang & Daging Bakar

'Tadhiyyah' atau lebih mudah difahami dengan kata 'pengorbanan'. Mudah diungkap dengan lidah namun sukar dibuktikan dengan perbuatan. Alhamdulillah, tahun ini ana masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t menyambut Eid Adha bersama keluarga tersayang (^^,) Segala pujian hanya untukMu Ya Rabb.

Gambar 1: Mengagihkan daging korban untuk penduduk kg di perak ( kotak merah: daging korban letak belakang boot kereta je..cepat-cepat...siapa cepat dia dapat! ^^ )

Gambar 2: Sesi memotong daging. Semua ada...hati, jantung, lidah, otak, ekor, perut, sebut je.. kotak biru: sup tulang aka sup gear box o_O ) (kotak hijau:adik wais, jangan lompat masuk plak...nanti kena rebus sekali baru tau...^^)

Gambar 3: Jom kipas daging bakar !!! Menu utama sempena Eid Adha ~ sup tulang dan daging bakar (daging bakar tu resepi akhi ana...klu ada sesapa nak resepi...ym ana ye ^^)