Monday, September 29, 2008

Indahnya Islam..Manisnya Iman

In the name of Allah, The most Perfect. Betapa cepatnya masa berlalu..hanya tinggal saki baki bulan Rahmat yang tinggal. Jangan sia-siakan waktu yang masih tersisa. Moga Ramadhan kali ini memberi banyak manfaat..insyaallah. Again, Allah knows everything that we do not know.

Dalam pengiraan ana dan sahabat-sahabat ana yang lain, ni adalah Ramadhan terakhir buat kami di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI keseluruhannya. Kalau jadi praktikum kami pada semester 7, bermakna kami akan berpuasa bukan di kampung halaman, bukan di UPSI tapi semasa praktikum kelak.

Jangan mengeluh wahai hati-hati yang disayangi Allah...Allah akan tetapkan yang terbaik untuk kita...jangan sekali-kali menidakkan sesuatu yang telah ditetapkan olehNya ~ Kun Fayakun ~

Friday, September 26, 2008

Over rate diri sendiri

“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.
“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya
berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.
Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.
Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs Kawal
“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.
Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.
“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.
“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.
“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”
Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri
“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.
“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.
“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.
Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.
“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.
Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.
Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah
Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.
“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”
Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.
Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.
Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan..
Azree Hanifiah

Baytul Fareed

Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..Assalamualaikum wbt. Artikel di atas sebenarnya ana copy daripada blog StudioMuslim.com. and paste kan di sini sebab ana rasa artikel ni sangat menarik untuk dikongsi bersama antum semua. Sebenarnya ana hanya ingin highlight pada satu bahagian sahaja dalam artikel ini, tetapi ana sertakan keseluruhan artikel supaya antum yang membaca dapat memahami dengan lebih jelas keseluruhan artikel ni.So..bahagian mana yang ana ingin highlightkan sebenarnya? Sebenarnya ana tidak mahu mengulas mengenai perasaan cinta yang seperti kata penulis asalnya, tidak perlu dilawan tetapi perlu dikawal ( ana bersetuju dengan dia..heheh) tetapi ana berminat pada bahagian ‘over rate diri sendiri’. Tulisan daripada penulis asal berkaitan over rate diri sendiri ni sangat terkesan pada hati ana. Kenapa ya? Sebab ana memang 100% setuju yang kita semua, makhluk Allah di muka bumi ini memang kadang-kadang selalu over rate diri sendiri. Dan ana rasa penyakit over rate diri sendiri ni lebih kerap terjadi di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang agak tinggi ( tidak terkecuali juga mereka yang mempunyai ilmu walau sekerat dua). Seperti kata penulis tersebut, “Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja”. Sebab tu ana berpendapat penyakit ini mudah menjangkiti golongan-golongan yang mempunyai ilmu yang banyak kerana mereka merasakan ilmu yang mereka miliki tu sudah cukup untuk membetulkan setiap tindakan mereka. Dalam erti kata lain, pesakit yang ditimpa penyakit ini bolehlah dikatakan berbangga dan ’sombong’ dengan ilmu yang mereka miliki tanpa menyedari bahawa ilmu itu datang daripada Allah dan mereka mungkin terlupa sesuatu ilmu yang diberi oleh Allah itu sebenarnya hendaklah dikongsi bersama-sama dan disampaikan dengan cara yang betul, bukannya dengan menempelak dan menegur orang lain, tetapi kita sendiri masih melakukan perkara yang tak betul tu.Justeru ana ingin mengingatkan diri ana, dan diri antum semua, selalulah cermin diri kita dan selalulah suluh akhlak kita supaya kita tidak terover rate diri sendiri. Apalah sangat ilmu yang kita miliki jika hendak dibandingkan dengan ilmu Dia yang menciptakan kita. Sesungguhnya tidak ada seorang manusia pun yang sempurna di atas muka bumi ini. Dan semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini.

p/s: teringat pulak peribahasa ”Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus”

Thursday, September 25, 2008

Balik kampung...manisnya nikmat berjauhan daripada keluarga

In the name of Allah…ana mulakn entri ana yg pertama. Pada 25hb September 08, bersamaan 25 Ramadhan 1429H, ana menyusuri hari-hari terakhir fasa ketiga di bulan Ramadhan yang bakal berakhir hanya beberapa hari sahaja lagi...


Pilu...sedih..suka...semuanya bercampur! Antara perasaan gembira mengenangkan diri ini bakal bersua dengan wajah-wajah yang amat dirindui sejak ramadhan yang pertama lagi...dan perasaan sedih memikirkan adakah ini ramadhan yang terakhir buat diri ini. Allah knows everything..


Di stesen keretapi Tjg Malim, semua menunjukkan riak muka yg menyenangkan. Yang pasti, di dalam fikiran semua yang setia menunggu tren adalah sama, KAMPUNG HALAMAN !!

Insyaallah..moga Allah permudahkan perjalanan kami ini...